28 June 2017

Raya Oh Raya

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya SEMUA!!!

Hai semua..Ape citer raya?Best tak?Aku biasa-biasa jew.Maklumlah raya aku ni masih sama.Berdua jer.Tahun ni giliran raya di kampung hubby,KELANTAN,.Kami balik sana pun hari Sabtu.Kiranya esoknya terus raya.Tema raya cincai je dekat sana.Aku sempat gak buat rendang ayam.Maklumlah..Raya sana x ada rendang Depa banyak cicah ketupat dengan Nisei..Apa tu nisei..Ala gula melaka tu..

Oklah x mahu citer banyak..Layan je gambar okay!

Gambar Raya Pertama

Bergambar dengan Mak mentua dan adik ipar.Pak mentua ada tapi dia x suka bergambar.Adik ipar ada dua orang lagi.Tapi sibuk keja..Petang baru ada.

Anak buah kesayangan.Tak ada depa sunyi je raya


BErgambar dengan akak yg dikenali sebelum kawin lagi ni.Dah setahun tak jumpak sejak pindah

Gambar raya aku dengan suami.Still berdua lagi..perut laki aku ni boroi ke dia pakai sampai bawah sangat.huhuhu
Gambar Raya Kedua

Hari raya kedua baru sempat p beraya ke rumah member suami.Tu pun dekat je.Maklumlah,jalan kat kelantan ni..kalau raya jem dia teruk.Bawak anak buah sekali kutip duit raya..huhuhu

sebahagian family mentua..



Raya ketiga kami dah bertolak balik ke Pulau Pinang.Tapi jalan jem Teruk sangat.hampir 11 jam kot nak sampai.Lenguh punggung aku.Dah la aku ni cirit birit.Terpaksa tahan je.

Alhamdulillah..Selesai raya di Kelantan..nak tengok gambar lebih..boleh jenguk di instagram aku yer..

ok bye..Selamat Hari raya

No comments:

Post a Comment