2 July 2017

Team Raya Purple Pulak

Assalamualaikum..Sat ja kan dah raya ke lapan.Malam-malam gini kite layan kuh-kuch ho ta hai pulak.Sambil layan tu meh aku tempek gambar raya kampung aku pulak,Hari tu dah citer pasal raya dekat kampung laki aku kan..Seperti biasa setiap tahun family aku akan pakai baju ikut tema.Macam last year tema biru..so tahun ni sepakat pilih purple pulak.

Disebabkan raya keempat baru dapat berkumpul terpaksalah berlakon lagi kononnya still raya pertama.Maklumlah adik ipar ada yg baru dapat cuti..Aku pulak baru balik dari kapung suami.Mama aku apa lagi..mulalah sibuk nak masak macam-macam sebab semua dah ada.Hari raya keempat mama aku masak nasik tomato ,ayam merah,rendang dan laksa.



Inilah family aku..Dulunya kecik je..Sekarang bertambah dah..Tunggu ada cucu jer..Tapi tak tahu bilannya..huhuhuhu.Laki aku jer tak pakai baju melayu,sebab baju melayu dia baru basuh.Tak sempat kering..janji purple jugak kan...


Yang ramainya mai rumah aku ni..member adik aku.Depa sanggup tunggu nak makan sampai raya keempat.Dasyat kan..

Habis dah raya aku untuk tahun ni.Kembali keja seperti biasa.Kalau boleh hari-hari nak raya kan..
oklah..nak sambung layan citer hindustan

bye..Good nite

28 June 2017

Raya Oh Raya

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya SEMUA!!!

Hai semua..Ape citer raya?Best tak?Aku biasa-biasa jew.Maklumlah raya aku ni masih sama.Berdua jer.Tahun ni giliran raya di kampung hubby,KELANTAN,.Kami balik sana pun hari Sabtu.Kiranya esoknya terus raya.Tema raya cincai je dekat sana.Aku sempat gak buat rendang ayam.Maklumlah..Raya sana x ada rendang Depa banyak cicah ketupat dengan Nisei..Apa tu nisei..Ala gula melaka tu..

Oklah x mahu citer banyak..Layan je gambar okay!

Gambar Raya Pertama

Bergambar dengan Mak mentua dan adik ipar.Pak mentua ada tapi dia x suka bergambar.Adik ipar ada dua orang lagi.Tapi sibuk keja..Petang baru ada.

Anak buah kesayangan.Tak ada depa sunyi je raya


BErgambar dengan akak yg dikenali sebelum kawin lagi ni.Dah setahun tak jumpak sejak pindah

Gambar raya aku dengan suami.Still berdua lagi..perut laki aku ni boroi ke dia pakai sampai bawah sangat.huhuhu
Gambar Raya Kedua

Hari raya kedua baru sempat p beraya ke rumah member suami.Tu pun dekat je.Maklumlah,jalan kat kelantan ni..kalau raya jem dia teruk.Bawak anak buah sekali kutip duit raya..huhuhu

sebahagian family mentua..



Raya ketiga kami dah bertolak balik ke Pulau Pinang.Tapi jalan jem Teruk sangat.hampir 11 jam kot nak sampai.Lenguh punggung aku.Dah la aku ni cirit birit.Terpaksa tahan je.

Alhamdulillah..Selesai raya di Kelantan..nak tengok gambar lebih..boleh jenguk di instagram aku yer..

ok bye..Selamat Hari raya

21 June 2017

Resepi : Kari Ayam Mamak


Assalamualaikum uollss..LAgi 4 hari nak raya dah.So macam mana persiapan raya.Dah siap sedia ke nak sambut tetamu dan nak berkunjung ke rumah kawan dan sanak saudara.Tahun ni tema raya apa?Eh kite ke..Kite rahsia lah..Nak tahu kena tunggu raya.So 4 hari lagi la kita nak puasa kan..lepas tu..happy raya.So hari ni aku terasa nak share resipi yang memang makanan yang PALINggggg aku suka.
KARI AYAM MAMAK..Selalu aku p kedai mamak mesti tapaw punya KARI AYAM NI..


Pertama aku akan goreng dulu ayam tu yang dah disalut serbuk kunyit..Aku tak campur dengan garam tau..Korang goreng jangan terlalu masak..T kalau terlalu masak..tak best rasanya..Aku goreng 5 ketul ni jer..sebab aku makan berdua je dengan laki aku..hukhuk

Lepas tu aku tumiskan bawang merah dan bawang putih yang sudah diblend..Aku lebih suka blend dari potong..Oppss..Sebelum terlupa..Aku tak angkat tau ayam goreng tu.Aku tumis sekali dengan BAWANG PUTIH,BAWANG MERAH diblend dan KULIT KAYU MANIS..Kemudian aku masukkan SERBUK KARI BABAS dan SERBUK CILI BABAS..Aku masukkan sedikit air sebab tak mau dia terlalu hangit..Kemudian aku biarkan dulu sampai pecah minyak..Bila dah pecah minyak,aku tambahkan air ..ubi kentang yang dipotong 4 dan cili padi..Aku suka pedas so aku masukkan ikut suka hati jew.Bila ubi dah empuk..Aku tuangkan sedikit santan,garam dan serbuk perasa.


Biar dalam beberapa minit.Kemudian tutup api..Tak mau sampai santan pecah minyak..Nanti warna dia tak lawa.Kemudian..

Tada
;
;
;
;
;
;
;
SIAP!!!


Dapat masak yang ni pun kiranya terror dah aku tau..OK puji diri sendiri.Melebih kan..kan../Yang penting licin mangkuk tu..Ni cara aku la..Cara korang aku tak tahu pulak..Memasing ada cara tersendiri kan..Tapi korang boleh cuba cara aku ni..Cepat,senang dan simple.Budak darjah 4 pun boleh cuba...

Oklah aku nak sambung tengok citer hindustan jab..Jumpak lagi yer

Bye..bye

kepada yang nak balik kampung tu..berhati-hati di jalan raya..Ingatlah orang tersayang..
:SELAMAT HARI RAYA